Tuesday, March 13, 2012

Kuat sungguh kayu akar,
Dilentur boleh dipatah tak dapat,
Amanah yang bersulamkan sabar,
Pasti berjaya setiap saat.
Biarlah kita menjadi dahan,
Menggalas tugas dengan kompeten,
Agar menjadi tempat bergantung.

Friday, March 9, 2012

Dah ke belum???


>Pada suatu malam yang hening,dua orang perempuan nyenyak tidur di dalam bilik di sebuah asrama.

          Tiba-tiba Siti terjaga kerana ingin membuang air kecil.Siti terus mengejutkan Lina,rakan sebiliknya untuk menemankannya ke tandas.''Lina,temankan aku ke tandas jap.Tak tahan dah nie..''.''Alaa kau pegi laa sorang-sorang.Malas laa..'.''Ala jom laa aku takut nie..''.''Yelaa yelaa jom''.Sesampainya di depan pintu  tandas,mereka mendapat tahu yang pintunya terkunci.

           Siti bersuara''Jom laa kita ke bilik.Tak jadi aa nk buang.Aku pegi dulu laaa.''.Siti terus berlari ke biliknya.Satu saat kemudian Siti datang semula ke tempat Lina.Belum sempat Lina ekori Siti ke bilik,tapi Siti  sudah datang semula.Lina kehairanan.

          Siti berkata,''Jom kita ke bilik sebelah.Kan bilik sebelah tak berkunci.Budak sebelah kan cuti sempena SPM''.Tetapi Siti kelihatan lain pula.Kelihatan lebih muram dari tadi.Siti tertunduk sahaja.
''Jom''.Ajak Lina pula.

         Sebelum Siti menutup pintu,Lina menunjukkan kesepuluh jarinya menandakan diberi masa selama sepuluh minit.Siti mengangguk.Perlahan-lahan Siti menutup pintu sambil mengukir senyuman misteri pada bibir.
          Tiba-tiba Siti terjaga kerana ingin membuang air kecil.Siti terus mengejutkan Lina,rakan sebiliknya untuk menemankannya ke tandas.''Lina,temankan aku ke tandas jap.Tak tahan dah nie..''.''Alaa kau pegi laa  sorang-sorang.Malas laa..'.''Ala jom laa..aku takut nie..''.''Yelaa yelaa jom''.Sesampainya di depan pintu  tandas,mereka mendapat tahu yang pintunya terkunci.

         Siti bersuara''Jom laa kita ke bilik.Tak jadi aa nk buang.Aku pegi dulu laaa.''.Siti terus berlari ke biliknya.Satu saat kemudian Siti datang semula ke tempat Lina.Belum sempat Lina ekori Siti ke bilik,tapi Siti  sudah datang semula.Lina kehairanan.Siti berkata,''Jom kita ke bilik sebelah.Kan bilik sebelah tak berkunci.Budak sebelah kan cuti sempena SPM''.Tetapi Siti kelihatan lain pula.Kelihatan lebih muram dari tadi.Siti tertunduk sahaja.

          ''Jom''.Ajak Lina pula.Sebelum Siti menutup pintu,Lina menunjukkan kesepuluh jarinya menandakan  diberi masa selama sepuluh minit.Siti menunggu dalam ketakutan.

          Sepuluh minit kemudian,Lina bersuara''Dah ke belum??''.''Belum''..''Dah ke belum?''.''Belum''.Terdengar suara yang semakin garau dan menakutkan.Sekali lagi Lina bertanya dalam ketakutan''Dah ke be...belum?''...''Dah.......''.Suara yang sangat menakutkan kedengaran sambil pintu tandas tandas di dalam biliknya yang tadi berkunci kemas terus terbuka.Lina cuba membuka pintu yang dimasuki Siti ternyata Siti sudah tiada.''Mana Siti nie?''.Lina berlari ke bilik.Tiba-tiba Lina terjatuh dan terus bangun cepat-cepat.Lina menoleh ke belakang dan terlihat muka yang mengerikan tersenyum ke arahnya sambil mengungkapkan parkataan''Daaaaah'' dengan suara garaunya.

          Setelah sampai di bilik,Lina lihat Siti tidur nyenyak sahaja.Siti pun terjaga dan bertanya''kenapa nie?Aku tersedar sebab tak tahan nak buang air kecil.Tetiba je aku tengok kau berlari dengan muka pucat kau tue''.Giliran Lina pula''Apsal kau pergi and then datang balik dekat aku kat tandas tadi??''..''Aku ngantuk sangat..tapi aku tak pergi balik kat tandas tadi.Aku terus tidur''....

             ?????????????Siapa yang ditemankan Lina tadi???????????????

Pemuda Yang Amanah...


Di hujung kampung,tinggal seorang pemuda yang bernama Ali bersama ibunya yang dipanggil 'mok'.Suami Mak Esah sudah lama meninggal dunia.Ali anak tunggal Mak Esah.
       
          Pada suatu pagi,Mak Esah sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur.tiba-tiba Mak Esah diserang penyakit darah tinggi.Selepas seminggu Mak Esah terlantar sakit.Mak Esah nazak dan ada memberi pesanan kepada Ali.''Cabutlah cincin mok nih kalu mok mati gak''.''jange royak gituh.takut ore!mace nok mati jah mok nih''.Sambung Ali.''Sungguh mok royak ni''.Celah Mak Esah pula.

          Keesokan paginya,Mak Esah terus meninggal dunia.Ali berasa sangat sedih.Disebabkan terlalu sedih,Ali terlupa akan pesanan ibunya.Pada sebelah petang,mayat Mak Esah ditanam.Ketika ingin ke bilik untuk tidur,Ali teringat akan  pesanan ibunya.Ali terus ke kubur untuk mendapatkan cincin itu.

          Ali cepat-capet menggali kubur kerana takut dengan suasana malam di kubur.Ali bersuara''Ketaknyoh cincin nih.Gano nih.....ha!!Aku tau''.

          Ali terus pulang ke rumah untuk mendapatkan pisau.Kemudian Ali datang semula untuk memotong tangan ibunya.Dalam perjalanan pulang,hujan turun dengan lebat sekali.Ali juga ternampak seorang wanita tua sedang berjalan keseorangan.Dia kelihatan begitu misteri.Tetapi Ali buat tidak endah sahaja.

          Ali terus ke bilik tidur selepas tiba di rumah.Ali bangun pada pukul 3.30 pagi untuk membuang air kecil.Ketika ingin ke bilik,Ali terdengar suara ibunya memanggil namanya sambil meminta segelas air untuk diminum.Ali lihat Mak Esah tidur di atas katilnya.Ali terlupa yang ibunya sudah meninggal kerana dia sangat mengantuk.Ali menghulurkan segelas air lalu terlihat jari ibunya yang sudah terpotong.Ali berasa sangat terkejut dan bertanya''ma...mano jari mok...?"

          Mata Mak Esah menjadi semakin merah.Muka Mak Esah menggelupas.Dengan wajah Mak Esah yang menakutkan......

                               "Mu la ambik!!".

Warkah Penulis...


                     Assalamu'alaikum...

          Nama penuhku Raja Nur Azida binti Raja Mamat.Aku bersekolah di SMU (A) Ma'ahad Ar-Rahmah Kenali,Kubang Kerian.Aku berumur 15 tahun.Aku ditempatkan di kelas pertama di tahun ini.

          Nama ibuku Che Karimah binti Md Noor.Beliau berumur 52 tahun.Ayahku pula bernama Raja Mamat bin Raja Ali.Beliau pula berumur 57 tahun dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Seribong sebagai guru.Mereka berdua telah mendidik dan menjagaku dari kecil sehingga sekarang.
       
          Aku anak yang ke-tujuh daripada sembilan orang adik-beradik.Aku mempunyai tiga orang kakak,tiga orang abang dan dua orang adik.

         Antara nama-nama manja ahli keluargaku termasuklah Ma dan Abah merangkap suaminya,Kak Long dan Abe Long merangkap suaminya,Abe Ngoh dan Kak Ngoh merangkap isterinya,Kak Cik dan Abe Din merangkap suaminya,Abe Cik,Kak Ta,Abe Teh,aku sendiri (rahsia),E dan Adik
       
          Masing-masing dengan karenah dan perwatakan yang berbeza-beza.Namun,ada juga sedikit persamaan di kalangan kami.Termasuk aku.Aku suka menghasilkan karya bertulis seperti kakak sulung aku.

          Setakat ini sahaja warkah pengenalan diriku yang digelar hamba Allah ini.Semoga Allah sentiasa merahmati saya dan juga diri anda yang sedang membaca warkah ini di saat ini.

                         Wassalamu'alaikum...        
Saatku berada di kalangan yang terhebat,
Aku merasakan diriku disisihkan,
Di kala ku berada di kalangan yang terbawah,
Aku dijadikan bahan umpatan,

Saatku di kalangan yang terhebat,
Ingin sekali ku menjadi hebat,
Ketika ku di kalangan yang terbawah,
Hatiku sentiasa dilukai,

Aku tahu,
Aku bukan insan yang hebat menjalani ujian hidup,
Aku mengaku,
Aku juga bukan manusia yang tabah menjalani dugaan hidup.        

Sunday, January 22, 2012

Perasaan cinta semakin membara di dalam hati ini.Ku terkedu sindiri...Masih mencari jawapan...Jantungku terus! berdetak laju dan membengkak!Semakin lama,semakin membengkak hingga ke tahap kririkal yang akhirnya telah membuatkan jantungku pecah berderai dan meletup kuat!Akhirnya ia mencair di dalam dada ini.Terasa panas membuak-buak bagai air yang menggelegak akibat cecair cinta yang panas!Hanya gara-gara degupan jantung yang dicucuk panah cinta!Tanganku bergetar-getar.Tubuhku berpeluh-peluh.Mukaku pucat!Adakah ini dinamakan cinta???!!


Benih yang subur kerana kerajinannya
Jatuh ke laut pulaulah jua...

Friday, November 18, 2011

Aku mencintainya,
Namun..setiap kali cintaku berputik,
Penghalang membuahkan kekecewaan,
Ku putuskan untuk melupakannya.

Namun..perasaan cinta pula menjadi penyokong,
Yang setia mengharapakan kesetiaanku,
Ku berharap ku akan mendapat cinta yang sejati daripadanya,
Suatu masa nanti.

Ku tahu hidup tidak semestinya bahagia,
Cinta adalah bunga yang sentiasa mekar,
Cinta juga merupakan pedang,
Yang mudah melukakan hati.

Cinta...
Kaulah syurga dan kaulah derita.
Tanpa cinta..
Tidak sempurna hidup ini..

Friday, March 18, 2011

Laporan Polis...

LAPORAN POLIS 1

~Di Balai Polis...

Pemuda : Tuan,saya mahu membuat laporan fasal kehilangan.

Polis      : Kehilangan apakah itu?

Pemuda : Kehilangan ingatan.Saya lupa akaun fecebook saya.

Polis      : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

LAPORAN POLIS 2

~Di balai polis...

Pemuda : Tuan,saya mahu membuat laporan fasal kehilangan.

Polis      : Kehilangan apakah itu?

Pemuda : Kehilangan berat badan.Berat badan saya hilang 1 kg dalam masa dua minggu.

Polis      : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

LAPORAN POLIS 3

     Pada suatu hari,dua orang kawan baik yang bernama Otak dan Gila berjalan menuju ke Balai Polis untuk membuat laporan tentang kehilangan kawannya yang bernama Hilang.

     Sesampainya Otak dan Gila di Balai Polis,Otak masuk ke Balai Polis manakala Gila pula menunggu Otak yang berada di dalam.

Otak : Tuan,saya hendak membuat laporan fasal kehilangan.

Polis : Kehilangan apakah itu?

Otak : Kehilangan Hilang.

Polis : Kau ni gila ke?

Otak : Gila ada di luar.

Polis : Kau tak ada otak ke?

Otak : Sayalah Otak!

Polis : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

     Akhirnya polis itu menjadi gila dan dimasukkan ke wad sakit jiwa.Otak dan Gila juga menjadi sedih kerana tidak dapat menemui kawannya itu.Mereka sudah membuat laporan ke beberapa buah Balai Polis tetapi tidak berhasil dan semua polis yang telah Otak dan Gila laporkan fasal kehilangan Hilang menjadi gila.

Mak Cik Keluar Penjara???

~Dua orang lelaki sedang berbual-bual di sebuah taman berdekatan dengan penjara.
Lelaki 1 : Mak cik itu baru keluar penjara tengah hari tadi.
Lelaki 2 : Tipu!Mak cik itu?Apa kesalahan yang dia buat?
Lelaki 1 : Bertenang,mak cik itu tukang sapu sampah di penjara lah!
Lelaki 2 : Fuh!Mujur,ingatkan apa tadi.

Thursday, March 17, 2011

Soalan Pelik...

~Di dalam sebuah kelas...

Hassan             : Adakah cikgu akan marah atas sesuatu yang tidak saya lakukan?
Cikgu Hamdan  : Cikgu tidak akan marah kerana kamu tidak melakukannya.
Hassan             : Terima kasih,cikgu kerana cikgu tidak memarahi saya.Saya tidak siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan semalam.
Cikgu Hamdan  :Cis,budak ni...

Asrama...

Pada suatu malam,seorang perempuan yang bernama Kamilia berada di dalam dalam bilik di sebuah asrama.

          Kamilia tidak tahu mengapa dia tidak boleh melelapkan mata pada malam itu.Kamilia terus mengejutkan rakan sebiliknya,Syafienaz untuk menemankannya mengulangkaji pelajaran.''Naz,temankan aku ulangkaji sikit.Aku tak boleh tido a...''.Syafienaz tidak menghiraukan pujukan Kamilia.''Naz...Biarlaaa aku pergi sorang kalau kau x rela temankan aku''.Kamilia buat-buat merajuk supaya rakannya bersetuju dengan kehendaknya.Tetapi Syafienaz senyap sahaja.Biasanya,Syafienaz seorang yang mudah sedar daripada tidur.

          Kamilia memang seorang yang sedikit penakut.Lia cuba memberanikan diri untuk mengulangkaji seorang diri.Lia berasa hairan dengan sikap Naz.Lia berfikir sejenak''Biarlah Naz tidur.Kan dia baru balik..Dia penat sangat kot...Kalau tak mesti dia sedar and then temankan aku''.Lia terus ke dapur untuk mengambil sedikit minuman untuk menghilangkan dahaga.

         Tiba-tiba Lia terdengar bunyi seseorang sedang berjalan menuju ke arahnya.Lia memberanikan diri untuk menyapa tuan punya badan.Lia menoleh ke belakang dan terlihat Naz sedang berdiri di belakangnya.Naz kelihatan lebih muram dan sedikit tertunduk."Eh,Naz..Buat apa kau bangun malam-malam buta ni?"..Naz terus berjalan ke katil dan tidak menghiraukan pertanyaan Lia.''Pelik betul dia sorang tu.Tadi tak sedar pulak''.

          Lia terdengar seseorang sedang mengetuk pintu biliknya.Lia membuka pintu dan dilihatnya Syafienaz tercegat di depan pintu biliknya.Lia bersuara''Eh..bukankah tadi kau tengah syok tidur atas katil.Aku cakap pon kau buat pekak je''.Giliran Naz pula''Kau ni kan...Kan aku dah cakap,aku balik lewat sikit malam ni''."Tadi kan kau dah balik''.''Bila masa pulak aku balik.''

         ?????????? Siapakah yang berada dalam bilik bersamanya tadi?????????????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...