Thursday, March 17, 2011

Asrama...

Pada suatu malam,seorang perempuan yang bernama Kamilia berada di dalam dalam bilik di sebuah asrama.

          Kamilia tidak tahu mengapa dia tidak boleh melelapkan mata pada malam itu.Kamilia terus mengejutkan rakan sebiliknya,Syafienaz untuk menemankannya mengulangkaji pelajaran.''Naz,temankan aku ulangkaji sikit.Aku tak boleh tido a...''.Syafienaz tidak menghiraukan pujukan Kamilia.''Naz...Biarlaaa aku pergi sorang kalau kau x rela temankan aku''.Kamilia buat-buat merajuk supaya rakannya bersetuju dengan kehendaknya.Tetapi Syafienaz senyap sahaja.Biasanya,Syafienaz seorang yang mudah sedar daripada tidur.

          Kamilia memang seorang yang sedikit penakut.Lia cuba memberanikan diri untuk mengulangkaji seorang diri.Lia berasa hairan dengan sikap Naz.Lia berfikir sejenak''Biarlah Naz tidur.Kan dia baru balik..Dia penat sangat kot...Kalau tak mesti dia sedar and then temankan aku''.Lia terus ke dapur untuk mengambil sedikit minuman untuk menghilangkan dahaga.

         Tiba-tiba Lia terdengar bunyi seseorang sedang berjalan menuju ke arahnya.Lia memberanikan diri untuk menyapa tuan punya badan.Lia menoleh ke belakang dan terlihat Naz sedang berdiri di belakangnya.Naz kelihatan lebih muram dan sedikit tertunduk."Eh,Naz..Buat apa kau bangun malam-malam buta ni?"..Naz terus berjalan ke katil dan tidak menghiraukan pertanyaan Lia.''Pelik betul dia sorang tu.Tadi tak sedar pulak''.

          Lia terdengar seseorang sedang mengetuk pintu biliknya.Lia membuka pintu dan dilihatnya Syafienaz tercegat di depan pintu biliknya.Lia bersuara''Eh..bukankah tadi kau tengah syok tidur atas katil.Aku cakap pon kau buat pekak je''.Giliran Naz pula''Kau ni kan...Kan aku dah cakap,aku balik lewat sikit malam ni''."Tadi kan kau dah balik''.''Bila masa pulak aku balik.''

         ?????????? Siapakah yang berada dalam bilik bersamanya tadi?????????????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...