Friday, March 18, 2011

Laporan Polis...

LAPORAN POLIS 1

~Di Balai Polis...

Pemuda : Tuan,saya mahu membuat laporan fasal kehilangan.

Polis      : Kehilangan apakah itu?

Pemuda : Kehilangan ingatan.Saya lupa akaun fecebook saya.

Polis      : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

LAPORAN POLIS 2

~Di balai polis...

Pemuda : Tuan,saya mahu membuat laporan fasal kehilangan.

Polis      : Kehilangan apakah itu?

Pemuda : Kehilangan berat badan.Berat badan saya hilang 1 kg dalam masa dua minggu.

Polis      : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

LAPORAN POLIS 3

     Pada suatu hari,dua orang kawan baik yang bernama Otak dan Gila berjalan menuju ke Balai Polis untuk membuat laporan tentang kehilangan kawannya yang bernama Hilang.

     Sesampainya Otak dan Gila di Balai Polis,Otak masuk ke Balai Polis manakala Gila pula menunggu Otak yang berada di dalam.

Otak : Tuan,saya hendak membuat laporan fasal kehilangan.

Polis : Kehilangan apakah itu?

Otak : Kehilangan Hilang.

Polis : Kau ni gila ke?

Otak : Gila ada di luar.

Polis : Kau tak ada otak ke?

Otak : Sayalah Otak!

Polis : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

     Akhirnya polis itu menjadi gila dan dimasukkan ke wad sakit jiwa.Otak dan Gila juga menjadi sedih kerana tidak dapat menemui kawannya itu.Mereka sudah membuat laporan ke beberapa buah Balai Polis tetapi tidak berhasil dan semua polis yang telah Otak dan Gila laporkan fasal kehilangan Hilang menjadi gila.

1 comment:

  1. crite PEMUDA YANG AMANAH dan DAH KE BELUM? memang seram.termasuk ASRAMA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...