Friday, November 18, 2011

Aku mencintainya,
Namun..setiap kali cintaku berputik,
Penghalang membuahkan kekecewaan,
Ku putuskan untuk melupakannya.

Namun..perasaan cinta pula menjadi penyokong,
Yang setia mengharapakan kesetiaanku,
Ku berharap ku akan mendapat cinta yang sejati daripadanya,
Suatu masa nanti.

Ku tahu hidup tidak semestinya bahagia,
Cinta adalah bunga yang sentiasa mekar,
Cinta juga merupakan pedang,
Yang mudah melukakan hati.

Cinta...
Kaulah syurga dan kaulah derita.
Tanpa cinta..
Tidak sempurna hidup ini..

Friday, March 18, 2011

Laporan Polis...

LAPORAN POLIS 1

~Di Balai Polis...

Pemuda : Tuan,saya mahu membuat laporan fasal kehilangan.

Polis      : Kehilangan apakah itu?

Pemuda : Kehilangan ingatan.Saya lupa akaun fecebook saya.

Polis      : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

LAPORAN POLIS 2

~Di balai polis...

Pemuda : Tuan,saya mahu membuat laporan fasal kehilangan.

Polis      : Kehilangan apakah itu?

Pemuda : Kehilangan berat badan.Berat badan saya hilang 1 kg dalam masa dua minggu.

Polis      : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

LAPORAN POLIS 3

     Pada suatu hari,dua orang kawan baik yang bernama Otak dan Gila berjalan menuju ke Balai Polis untuk membuat laporan tentang kehilangan kawannya yang bernama Hilang.

     Sesampainya Otak dan Gila di Balai Polis,Otak masuk ke Balai Polis manakala Gila pula menunggu Otak yang berada di dalam.

Otak : Tuan,saya hendak membuat laporan fasal kehilangan.

Polis : Kehilangan apakah itu?

Otak : Kehilangan Hilang.

Polis : Kau ni gila ke?

Otak : Gila ada di luar.

Polis : Kau tak ada otak ke?

Otak : Sayalah Otak!

Polis : @#$%^^&$#$^&*%$@$.

     Akhirnya polis itu menjadi gila dan dimasukkan ke wad sakit jiwa.Otak dan Gila juga menjadi sedih kerana tidak dapat menemui kawannya itu.Mereka sudah membuat laporan ke beberapa buah Balai Polis tetapi tidak berhasil dan semua polis yang telah Otak dan Gila laporkan fasal kehilangan Hilang menjadi gila.

Mak Cik Keluar Penjara???

~Dua orang lelaki sedang berbual-bual di sebuah taman berdekatan dengan penjara.
Lelaki 1 : Mak cik itu baru keluar penjara tengah hari tadi.
Lelaki 2 : Tipu!Mak cik itu?Apa kesalahan yang dia buat?
Lelaki 1 : Bertenang,mak cik itu tukang sapu sampah di penjara lah!
Lelaki 2 : Fuh!Mujur,ingatkan apa tadi.

Thursday, March 17, 2011

Soalan Pelik...

~Di dalam sebuah kelas...

Hassan             : Adakah cikgu akan marah atas sesuatu yang tidak saya lakukan?
Cikgu Hamdan  : Cikgu tidak akan marah kerana kamu tidak melakukannya.
Hassan             : Terima kasih,cikgu kerana cikgu tidak memarahi saya.Saya tidak siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan semalam.
Cikgu Hamdan  :Cis,budak ni...

Asrama...

Pada suatu malam,seorang perempuan yang bernama Kamilia berada di dalam dalam bilik di sebuah asrama.

          Kamilia tidak tahu mengapa dia tidak boleh melelapkan mata pada malam itu.Kamilia terus mengejutkan rakan sebiliknya,Syafienaz untuk menemankannya mengulangkaji pelajaran.''Naz,temankan aku ulangkaji sikit.Aku tak boleh tido a...''.Syafienaz tidak menghiraukan pujukan Kamilia.''Naz...Biarlaaa aku pergi sorang kalau kau x rela temankan aku''.Kamilia buat-buat merajuk supaya rakannya bersetuju dengan kehendaknya.Tetapi Syafienaz senyap sahaja.Biasanya,Syafienaz seorang yang mudah sedar daripada tidur.

          Kamilia memang seorang yang sedikit penakut.Lia cuba memberanikan diri untuk mengulangkaji seorang diri.Lia berasa hairan dengan sikap Naz.Lia berfikir sejenak''Biarlah Naz tidur.Kan dia baru balik..Dia penat sangat kot...Kalau tak mesti dia sedar and then temankan aku''.Lia terus ke dapur untuk mengambil sedikit minuman untuk menghilangkan dahaga.

         Tiba-tiba Lia terdengar bunyi seseorang sedang berjalan menuju ke arahnya.Lia memberanikan diri untuk menyapa tuan punya badan.Lia menoleh ke belakang dan terlihat Naz sedang berdiri di belakangnya.Naz kelihatan lebih muram dan sedikit tertunduk."Eh,Naz..Buat apa kau bangun malam-malam buta ni?"..Naz terus berjalan ke katil dan tidak menghiraukan pertanyaan Lia.''Pelik betul dia sorang tu.Tadi tak sedar pulak''.

          Lia terdengar seseorang sedang mengetuk pintu biliknya.Lia membuka pintu dan dilihatnya Syafienaz tercegat di depan pintu biliknya.Lia bersuara''Eh..bukankah tadi kau tengah syok tidur atas katil.Aku cakap pon kau buat pekak je''.Giliran Naz pula''Kau ni kan...Kan aku dah cakap,aku balik lewat sikit malam ni''."Tadi kan kau dah balik''.''Bila masa pulak aku balik.''

         ?????????? Siapakah yang berada dalam bilik bersamanya tadi?????????????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...