Assalamu'alaikum...
Nama penuhku Raja Nur Azida binti Raja Mamat.Aku bersekolah di SMU (A) Ma'ahad Ar-Rahmah Kenali,Kubang Kerian.Aku berumur 15 tahun.Aku ditempatkan di kelas pertama di tahun ini.
Nama ibuku Che Karimah binti Md Noor.Beliau berumur 52 tahun.Ayahku pula bernama Raja Mamat bin Raja Ali.Beliau pula berumur 57 tahun dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Seribong sebagai guru.Mereka berdua telah mendidik dan menjagaku dari kecil sehingga sekarang.
Aku anak yang ke-tujuh daripada sembilan orang adik-beradik.Aku mempunyai tiga orang kakak,tiga orang abang dan dua orang adik.
Antara nama-nama manja ahli keluargaku termasuklah Ma dan Abah merangkap suaminya,Kak Long dan Abe Long merangkap suaminya,Abe Ngoh dan Kak Ngoh merangkap isterinya,Kak Cik dan Abe Din merangkap suaminya,Abe Cik,Kak Ta,Abe Teh,aku sendiri (rahsia),E dan Adik
Masing-masing dengan karenah dan perwatakan yang berbeza-beza.Namun,ada juga sedikit persamaan di kalangan kami.Termasuk aku.Aku suka menghasilkan karya bertulis seperti kakak sulung aku.
Setakat ini sahaja warkah pengenalan diriku yang digelar hamba Allah ini.Semoga Allah sentiasa merahmati saya dan juga diri anda yang sedang membaca warkah ini di saat ini.
Wassalamu'alaikum...
No comments:
Post a Comment