Di hujung kampung,tinggal seorang pemuda yang bernama Ali bersama ibunya yang dipanggil 'mok'.Suami Mak Esah sudah lama meninggal dunia.Ali anak tunggal Mak Esah.
Pada suatu pagi,Mak Esah sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur.tiba-tiba Mak Esah diserang penyakit darah tinggi.Selepas seminggu Mak Esah terlantar sakit.Mak Esah nazak dan ada memberi pesanan kepada Ali.''Cabutlah cincin mok nih kalu mok mati gak''.''jange royak gituh.takut ore!mace nok mati jah mok nih''.Sambung Ali.''Sungguh mok royak ni''.Celah Mak Esah pula.
Keesokan paginya,Mak Esah terus meninggal dunia.Ali berasa sangat sedih.Disebabkan terlalu sedih,Ali terlupa akan pesanan ibunya.Pada sebelah petang,mayat Mak Esah ditanam.Ketika ingin ke bilik untuk tidur,Ali teringat akan pesanan ibunya.Ali terus ke kubur untuk mendapatkan cincin itu.
Ali cepat-capet menggali kubur kerana takut dengan suasana malam di kubur.Ali bersuara''Ketaknyoh cincin nih.Gano nih.....ha!!Aku tau''.
Ali terus pulang ke rumah untuk mendapatkan pisau.Kemudian Ali datang semula untuk memotong tangan ibunya.Dalam perjalanan pulang,hujan turun dengan lebat sekali.Ali juga ternampak seorang wanita tua sedang berjalan keseorangan.Dia kelihatan begitu misteri.Tetapi Ali buat tidak endah sahaja.
Ali terus ke bilik tidur selepas tiba di rumah.Ali bangun pada pukul 3.30 pagi untuk membuang air kecil.Ketika ingin ke bilik,Ali terdengar suara ibunya memanggil namanya sambil meminta segelas air untuk diminum.Ali lihat Mak Esah tidur di atas katilnya.Ali terlupa yang ibunya sudah meninggal kerana dia sangat mengantuk.Ali menghulurkan segelas air lalu terlihat jari ibunya yang sudah terpotong.Ali berasa sangat terkejut dan bertanya''ma...mano jari mok...?"
Mata Mak Esah menjadi semakin merah.Muka Mak Esah menggelupas.Dengan wajah Mak Esah yang menakutkan......
"Mu la ambik!!".
No comments:
Post a Comment